Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, December 19, 2011

Famili









Alhamdulillah,akhirnye,jumpe gak blog semua rumah; rumah proton,rumah modenas dan rumah petronas ..ingin lihat blog2 mereka.klik je petak pink diatas skali uh..haha,senang kan:D ,,melawat blog telekom bereti melawat skola,,di blog ini telah dipaut semua blog yang penting ; blog2 rumah dan blog sekolah dan tidak lupe juge kepada group of telekom @ facebook uh..haha,selamat melawat,have fun ya :D

Wednesday, November 30, 2011

Mencuit hati

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Spm is DONE!

Spm yang telah bermula sejak 14 November 2011 lalu kini telah tiba di pertengahan tempoh untuk berakhir.Peperiksaan ini bakal berakhir pada 14 Disember 2011.
Peperiksaan ini menempatkan juge penyumbang2 telekom yang telah banyak berjasa dalam konteks keluarga bagi kita dalam rumah ini.Semoga semua calon spm tahun ini dapat apa yang mereka hajatkan setelah beberapa ketika yang lalu mereka bergiat berusaha bersungguh-sungguh perjuangkan apa yang mereka inginkan.Kami di sini mendoakan kejayaan sekalian.Segala pertelingkahan kita hanyalah sekadar mengisi masa lapang saje.Give your BEST SHOT beyond your expectations.Goodluck guys,We all happy to know u guys,nice to meet u and keep'n touch after this.Lend us your hand in managing this house next year.HOUSE OF TELEKOM FOREVER!!

Selamat bercuti!

Wanna say happy hour to u guys.Cuti-cuti gak ea,tapi engat.Homework kene siapkan gak no kompromi,pape un.SELAMAT BERCUTI DIUCAPKAN KEPADA SELURUH WARGA RUMAH TELEKOM DI SBP INTEGRASI SELANDAR.SEMOGA CUTI ANDA DIHIASI DENGAN PERKARA BERMANFAAT DI BAWAH NAUNGAN-NYA.

Pesanan Luqman Al-hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Saturday, November 19, 2011

Hati kecilku berbisik










ASPIRASI JUARA TAKLUK..!



TaHun 2011 smemgnYe tHUn yg ByAAK MEMbrikn pahit
DPd mANis nyee..
rmai yg kte..

"THUN NI MEMG TELEKOM JATUH HBES LAA...
NAK2 TGOK PROTON YG MKEN TOP.. MODENAS
RMAI GILER ATLIT.. PETRONAS STEADY JEK.."

haiyaaaaaak..!
itu sume propaganda semantare la~
buktinye...

KAMI TETAP JUARA..!
TELEKOM..!
ASPIRASI JUARA TAKLUK..!!




yeaay.!
cikgu AMIRUL..
ktua pnasihat rumah TELEKOM..!

ketua rumah TELEKOM
yg berdedekasi..

HAFUZA HARITH..


juga pnolong ketua rumah TELEKOM
yg semangat~

AINATUL MARDIAH..




perBARisaN yg mEMBErikan
sEMangaT BARU~

buat pertama kalinye..
rumah TELEKOM menjadi naib johan
perbarisan..!
huhuu...x pnah rsenye prbarisn seHEBAT
ini.. syukur ALHAMDULILLAH~
tahniah diucapkn kpd f4 n yg tlibat scre
lgsung mhpon tdak lgsung
ats kmenangan ini..!
syabas ..!

cabaran yg amat tggi utk f4 thun hdpan~
smoge bjaye troskn prestasi
prbarisan TELEKOM..!
Chayook TeleKOM`12..! =D












wajah2 kegembiraan ahli2 TELEKOM
stlh bjye mengekalkn
KEJUARAAN..!
yeaaay...!
peace... peace.... =)





tough leader

dedicated assistant

wait a moment!

hakim nawawi..! top..

4 by 4..!

sharil..! =)


gembire tak terkate


penampilan kami


blog author~

:D

cheese~


kamilah telekom




piala turun temurun

piala kite

cerianye mereka


ekal lagi

f3..!
generasi kgemilangan~!

lawa ke??

pecut..~
haikal rusman..~!


atlit TELEKOM.! kidz~

conquer all

peace...!

benDEra TeLEKoM dinaikkan..!
huhu..! bangge..!

piala kmenangan~ :D


DONz~


hamper ~




sekian saja kali ini..!~

akhir kata.. "maju la sukan untuk TELEKOMM..!"

steady... TELEKOM..!
steady.. TELEKOM..!

=D






Friday, November 4, 2011

Blog banner